Wednesday 11 April 2012

Khasiat buah malberi.

Pagi tadi, abahnye panggil ummi dan suruh tengok keluar, katanye pokok kite dah ada hasil... ummi tak nampak dan tak puas ati, so pergi keluar tengok sendiri. Alhamdulillah syukur, walau nampak ranting je, tapi ada sana sini keluar pucuk baru dan paling penting dah keluar bunga or buah. Pokok ni senang je tanam je, just cacak je rantingnye. Seeloknye ditempat redup dan bile dah hidup baru pindah ke tempat panas. Jiran sebelah kami pun kami ada bagi rantingnye...tapi masih tak keluar lagi sebarang pucuk.

khasiat malberi pun banyak, setelah di search, ini antara khasiatnye....

1. Pokok mulberi kami buahnye berwarna hitam dan merah.

2. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnye. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

3. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

4. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

5. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

6. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

7. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

8. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

9. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

10. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

11. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

12. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

13. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

14. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

15. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

16. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



Ini ialah gambar buah malberi yang di ambil di kampung ummi, mak ummi tanam. Sedap dimakan begitu saje. Masam manis, lagi hitam lagi manis. Tapi keburukkannye buah ni cepat burukla. Aritu cari petua kate takleh basuh. Tapi bile tak basuh pun same. Cepat je berbau. So petik terus makan ye.





Ni buah or bunga dari pokok kami... Syukur...

2 comments:

  1. WAHHHHH...blog anda kah ini...rajinnya berblog...apsal aku malas..hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ntah pepe je ann, biasala amatur...

      Delete