Sunday 29 April 2012

sarung kusyen

Hari minggu kali ni, kami duk 3 beranak je tanpa abah. Abah busy camping start 27.4.2012 hingga 29.4.2012. Ala bosannye, kalu tak boleh jenjalan memana. Untuk menghilangkan kebosanan ummi telah start projek membuat sarung kusyen. Bila dah start menjahit ni mula la addict nak siapkan sepenuhnye, sampai tak lena tidur dibuatnye. Kesian kat kakak adik terabai tak dapat layan dan main dengan diorang. Ape pun sempat juga bawak kakak adik pusing pusing raub dan pi shopping ke kedai rm 2 pada petang sabtu, dapatla adik kakak buku tulis angry bird 1 sorang.

balik rumah tu sibuk dua beradik ni melukis dan menulis entah pepe dalam buku tu... okla ada juga aktiviti diorang nak elak terus mengacau umminye. so bolehla ummi meneruskan projeknye. akhirnye tengahari hari ahad siapla sarung sarung kusyen tersebut. sempatla basuh, jemur dan tukarkan sarung kusyen. alhamdulillah cuaca panas tu cepat kering.

petang mase abah balik, dah masuk rumah pun abah tak perasan lagi. entah cemana perasan, terkejut juga abah sebab sempat juga ummi menyiapkan sarung kusyen tersebut sepeninggalan abah di hujung minggu ini. lupe nak cerita, sarung kusyen ni kami beli kat nilai 3 bln 6 2011. hehe berkurun juga disimpan. ummi suke warna coklat dan corak kotak kotak garis garis ni, tapi yang tak boleh ingat kene tipu dengan penjual di nilai 3 tu. ada ke patut, bile kite minta kurang dia bagi kurang tapi rupenye dia kurangkan meter kain juga. dasyat betul tapi penuh pengajaran. Apepun banyak pilihan menarik yang boleh di dapati disana.

Mehla layan gambar sarung kusyen kami yang baru.

ni gambar sarung kusyen lame. Dah koyak rabak bahagian bucu bucunye. Dah uzur sangat sarungnye. 6 tahun dah pun.

sarung kusyen baru. Warnanye gelap, so tak berapa clear sgt.

Budak budak comel...

sukenye adik kakak boleh melompat lompat kembali kat kusyen tu, sebab mase ummi buat sarung tu, habis ummi angkut kusyen dalam bilik.

peace dari adik...

Tuesday 24 April 2012

bekas pensel

Balik sekolah arini, ummi berkobar kobar nak buat satu lagi bekas pensel. kiranya percubaan kedua setelah percubaan pertama kurang menjadi tapi tetap digunakan oleh kakak ke sekolah.

setelah berhempas pulas inilah hasilnye... dan setelah tanye kakak nampaknye kakak nak bekas pensel ni. so ummi gune jela bekas pensel kakak yang tak berapa cantik tu...


Bekas pensel kakak

ada 3 bahagian, so kakak boleh isi pensel warna, pensel tulis dan barang lain secara berasingan.
siap ada nama kakak.
tak berapa kemas tapi okla...

terpaksala ummi pakai bekas pensel kakak...

Monday 23 April 2012

kakak dapat hadiah?

Tadi mase ummi ambil kakak dan adik di rumah pengasuh, dengar kakak kate kakak dapat hadiah. heran ummi hadiah ape pulak. ummi .tanye kakak, semua dapat ke?Kakak kate kakak dapat, nazif dapat. ummi tanye lagi seme dapat ke? Kakak jawab tak. kakak tunjuk dapatla bekas pensel dan set pensel angry bird. tapi bekas pensel tu dah jadi bangkai pun mase kakak tunjuk kat ummi dah terbelah dua pun...

ummi tanye kat pengasuh takde sampul ke? Pengasuhnye kate balut dengan plastik je. pengasuhnye kate kakak britau kakak dapat hadiah sebab kakak kaler kaler. agaknye hadiah pertandingan melukis kot. ummi tanye pengasuh lagi, takde tulis ape ape ker?Pengasuh kate ada tapi dah terbuang kot. ialah anak jagaan pengasuh ada 2 lagi. tula agaknye mase buka hadiah tadi berebut tengok.

Masa dalam kereta ummi tanye kakak, kakak dapat nombor berapa? Kakak kate kakak dapat no 1. no 2 perempuan kelas 6 tahun dan no 3 si nazif tu. ummi tanye kakak hadiah tu dapat mase bile, kakak kate cikgu beri dalam kelas. kakak cakap kalau beri mase perhimpunan kakak malu.

Kat rumah ummi cek beg kakak, adala jumpe bekas pensel, 3 pensel,1 pengorek pensel, 1 pemadam dan 1 gam. tanye kat kakak kawan kakak yang lain dapat ape?Kakak kate sorang dapat bekas pensel sorang dapat kertas angry bird.

Pengalaman pertama anak dapat hadiah. rase bangga juga walau setakat mewarna, tapi sekurang kurangnye no 1 mengalahkan budak 6 tahun, tu pun kalu cerita kakak betul. tengokla kalu rajin, p tanye cikgunye esok., tu pun kalu terjumpe cikgunye... apepun perasaan ralat tu ada juga, sebab tengok hadiah kakak dah tak macam hadiah. nak wat camne... Apepun syukur...

Wednesday 11 April 2012

Kain sembahyang kanak-kanak / Kain telekung kanak-kanak.

Alhamdulillah, akhirnye ummi berjaya menyiapkan 2 telekung buat adik dan kakak. Walau jahitannye kurang kemas, namun bile buatan sendiri tu feelnye lain. Seronok juga bile ada anak perempuan ni, ianye menjadikan satu dorongan untuk ummi menjahit dan terus menjahit.
Selain kain sembahyang ummi juga buatkan beg kain sembahyang. Tapi ummi hanya mampu buat satu je, coz banyak lagi keje lain yang masih tak settle, keje sekolah lagi, berlambak tu....
Berebut juga adik dan kakak tadi, tak pela sekurang kurangnye, memupuk nilai untuk berkongsi. betul tak....
So mehla layan diorang dengan telekung baru mereka.


puas juge nak wat bahagian kepala. Disebabkan telekung adik percubaan pertama, tu yang berkedut kedut jahitan bahagian kepala tu. Apepun adik tetap sweet mengenakan telekung tersebut.


ummi wat ropol ropol yang tak berapa nampak ropolnye, kainnye wat sama warna dengan ropol tersebut.


ni pulak pandangan belakang. Tak pela senget benget tu abaikan.


telekung kakak pulak. Bahagian kepala ok sikit, tapi tersengetla pulak....


pandangan depan..


pandangan belakang...


kakak adik...


fokus dekat sikit...comel pun....


beg kain sembahyang adik kakak, siap tulis nama lagi, hehe tak berapa kemas, biasala amatur...


fokus dekat lagi..okla usaha ummi berhempas pulas menyiapkannye... Suke pulak dapat jahit huruf tu...nnti leh wat lagi lah....tq..

Khasiat buah malberi.

Pagi tadi, abahnye panggil ummi dan suruh tengok keluar, katanye pokok kite dah ada hasil... ummi tak nampak dan tak puas ati, so pergi keluar tengok sendiri. Alhamdulillah syukur, walau nampak ranting je, tapi ada sana sini keluar pucuk baru dan paling penting dah keluar bunga or buah. Pokok ni senang je tanam je, just cacak je rantingnye. Seeloknye ditempat redup dan bile dah hidup baru pindah ke tempat panas. Jiran sebelah kami pun kami ada bagi rantingnye...tapi masih tak keluar lagi sebarang pucuk.

khasiat malberi pun banyak, setelah di search, ini antara khasiatnye....

1. Pokok mulberi kami buahnye berwarna hitam dan merah.

2. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnye. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

3. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

4. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

5. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

6. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

7. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

8. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

9. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

10. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

11. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

12. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

13. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

14. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

15. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

16. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



Ini ialah gambar buah malberi yang di ambil di kampung ummi, mak ummi tanam. Sedap dimakan begitu saje. Masam manis, lagi hitam lagi manis. Tapi keburukkannye buah ni cepat burukla. Aritu cari petua kate takleh basuh. Tapi bile tak basuh pun same. Cepat je berbau. So petik terus makan ye.





Ni buah or bunga dari pokok kami... Syukur...